Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik

on Friday, August 15, 2014

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik? Exam PTD M41 kali ini pastinya penuh persaingan sehingga ramai calon mula mencari contoh soalan peperiksaan pegawai tadbir diplomatik.

Berdasarkan jadual peperiksaan yang dikeluarkan oleh pihak SPA Malaysia, Peperiksaan PTD M41 mungkin akan dijalankan secara online seperti peperiksaan online Penguasa Kastam pada penghujung Ogos 2014 ini.

Tarikh peperiksaan yang dimaklumkan memang agak hampir. Jadi, ini adalah masa yang sangat tepat untuk semua calon yang terlibat untuk membuat persiapan yang sepatutnya. Jika masih berlengah lagi, anda pasti ketinggalan dengan ribuan calon lain bagi jawatan yang popular ini.

Ini adalah maklumat khas buat calon yang serius untuk lulus peperiksaan pegawai tadbir diplomatik. Anda boleh melanggan contoh soalan dan bahan bacaan rujukan dari kami supaya tidak terlepas segala perkongsian penting tentang exam PTD ini.

 Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik

 Tahniah kepada anda jika anda salah seorang daripada calon yang terlibat! Syabas juga kerana bertindak untuk melanggan email kami. Segala update terkini akan kami kongsikan terus ke email anda nanti.

Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik

Pihak SPA telah berkongsi beberapa maklumat umum mengenai jawatan ini. Secara ringkasnya, peperiksaan ini dikhabarkan bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. 

Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41. Calon-calon yang terlibat adalah dari pelbagai jurusan. Justeru soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas

Namun, perjuangan calon untuk merebut jawatan ini tidak sampai di sini sahaja. peperiksaan ini hanyalah salah satu syarat lantikan. Jika calon berjaya dan lulus peperiksaan ini, maka pihak SPA akan memanggil untuk ke tapisan yang seterusnya pula iaitu PTD Assessment Centre (PAC).

Walaupun pelbagai prosedur yang harus ditempuh bagi menjawat jawatan yang menjadi idaman ramai calon ini, kami kira ianya sangat berbaloi dengan jadual gaji yang ditawarkan buat pegawai tadbir diplomatik itu nanti.

Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Format Peperiksaan
Berikut adalah format peperiksaan yang meliputi 4 seksyen yang wajib dijawab:

FORMAT PEPERIKSAAN PTD 2014
  • Seksyen A – Pengetahuan AM
  • Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah
  • Seksyen C – Soalan Esei Bahasa Melayu
  • Seksyen D – Soalan Esei Bahasa Inggeris

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik

Seksyen A – Pengetahuan AM 

Bahagian ini mempunyai 50 soalan yang perlu dijawab. Masa yang diberikan hanya 45 minit sahaja untuk melengapkannya. Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya.

Tips ringkas untuk calon membuat persediaan bagi seksyen ini adalah mempersiapkan diri secara umum berkaitan dengan pengurusan sumber manusia/ infrastruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah/ tanah/ daerah/ tempatan, pengurusan sumber ekonomi/ kewangan, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lain-lain perkembangan.

Berikut adalah contoh soalan bagi seksyen ini:

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik

Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah

Bagi seksyen B ini pula, calon hanya diberikan 40 soalan dengan masa yang diperuntukkan adalah 45 minit. Calon akan diuji dengan dalam menyelesaikan masalah menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:

i) Kemahiran Menggunakan Logik 

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat yang di berikan untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik


Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik


ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik


Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik


iii) Konsep Matematik

Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. soalan-soalan yang dikemukakan adalah lebih kepada asas-asas matematik sukatan pelajaran Tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia).

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik 

Seksyen C – Soalan Esei Bahasa Melayu

Di dalam seksyen esei ini, calon hanya perlu memilih 1 daripada 3 soalan yang diberikan. Panjang esei tidak ditentukan tetapi calon perlu menyiapkan tugasan dalam 1 jam sahaja.

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki memberikan pandangan tentang sesuatu isu. Objektif utama adalah untuk mengukur daya kreativiti calon dalam penguasaan Bahasa Melayu. 

Tips ringkas untuk menjawab soalan ini adalah dengan memberikan idea dan pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.

Contoh Soalan : “Langkah-langkah menangani masalah kesesakan lalu lintas di Kuala
Lumpur.”

Seksyen D – Soalan Esei Bahasa Inggeris

Seksyen ini secara keseluruhannya hampir sama dengan seksyen C. Bezanya hanya bahasa yang perlu digunakan sahaja. Ini kerana objektif utama bahagian ini adalah untuk mengukur daya kreativiti calon dalam penguasaan Bahasa Inggeris.

Rujukan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Setiap peperiksaan memerlukan panduan dan rujukan yang lengkap untuk berjaya. Ianya sama sahaja seperti persiapan kita untuk menduduki peperiksaan besar seperti SPM dahulu. Tanpa persediaan yang rapi memang agak susah untuk berjaya.

Jadi, kami percaya anda juga memerlukan pakej rujukan yang khusus bagi mempersiapkan diri sebelum menghadapi peperiksaan yang bakal mengubah hidup anda ini, InsyaAllah.

Mahu kami membantu anda dalam berkongsi maklumat mengenai peperiksaan ini?? Anda boleh klik banner dibawah untuk maklumat lanjut

 Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik

Jangan terlepas untuk join komuniti ini kerana kami akan kongsikan pelbagai lagi tips dan informasi rujukan berkaitan exam ini terus ke email. Ianya pasti membantu anda!

Kenapa Anda perlukan Panduan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik??

  • Ini kerana bukan anda sahaja calon yang terlibat! Anda terpaksa bersaing dengan ribuan calon yang lain untuk merebut tempat.
  • Anda berada satu langkah besar di hadapan calon-calon lain untuk LULUS peperiksaan ini!
  • Panduan yang dihasilkan oleh team Info Kerjaya telah membantu puluhan ribu calon PTD termasuk peperiksaan SPA yang lain terutama calon Kastam, Akauntan, Pegawai Penerangan, Penolong Pegawai Teknologi maklumat F29 dan banyak lagi exam SPA yang lain sepanjang tahun 2009 hingga tahun 2014!
  • Panduan dan gambaran yang lengkap untuk para calon supaya tidak ‘terkapai-kapai’ menjawab soalan peperiksaan pada penghujung Ogos 2014 nanti
  • Diakui berkesan oleh ribuan calon yang terlah berjaya LULUS peperiksaan SPA!
Segala keputusan terletak ditangan anda samada untuk hadir exam PTD ini dengan penuh persedian atau tidak. tepuk dada tanya kemahuan diri. Semoga kami membantu anda dengan perkongsian Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik ini.
Kenapa Anda perlukan Panduan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam?? 
  • Ini kerana bukan anda sahaja calon yang terlibat! Anda terpaksa bersaing dengan ribuan calon yang lain untuk merebut tempat.
  • Anda berada satu langkah besar di hadapan calon-calon lain untuk LULUS peperiksaan ini! 
  • Panduan yang dihasilkan oleh team Info Kerjaya telah membantu puluhan ribu calon PTD termasuk peperiksaan SPA yang lain terutama calon Kastam, Akauntan, Pegawai Penerangan, Penolong Pegawai Teknologi maklumat F29 dan banyak lagi exam SPA yang lain sepanjang tahun 2009 hingga tahun 2014!
  • Panduan dan gambaran yang lengkap untuk para calon supaya tidak ‘terkapai-kapai’ menjawab soalan peperiksaan pada 5 Ogos 2014 nanti
  • Diakui berkesan oleh ribuan calon yang terlah berjaya LULUS peperiksaan SPA!
- See more at: http://myrilekslah.blogspot.com/2014/08/contoh-soalan-peperiksaan-penguasa-kastam-W41.html#sthash.VJSpg3iw.dpuf
Anda sangat bertuah kerana kami sangat berbesar hati untuk membantu anda dalam berkongsi maklumat mengenai peperiksaan ini. Anda boleh klik banner dibawah untuk maklumat lanjut - See more at: http://myrilekslah.blogspot.com/2014/08/contoh-soalan-peperiksaan-penguasa-kastam-W41.html#sthash.VJSpg3iw.dpuf
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© MyRileks - Perkongsian Menarik Kejadian Alam | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO