Semakan Keputusan UPU 2014

on Tuesday, August 12, 2014

Semakan Keputusan UPU 2014? Alhamdulillah dan tahniah kepada calon pelajar yang bakal menempatkan diri ke institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Bagi lepasan STPM, STAM, Diploma dan Matrik, sudah pasti berdebar untuk berhadapan dengan berita yang bakal mnggembirakan atau mengecewakan setelah membuat semakan keputusan UPU 2014 nanti.


Keputusan UPU 2014 ini boleh disemak bermula jam 12 tengah hari, hari ini sehinggalah 22 Ogos 2014 jam 11.59 tengah malam. Berita ini diumumkan oleh KPM melalui laman web rasmi kementerian.

Kaedah Semakan Keputusan UPU 2014

Terdapat beberapa kaedah yang membolehkan keputusan UPU 2014 disemak. Hal ini bagi mengelakkan kesibukan atas talian sekiranya calon membuat semakan secara online.

Oleh itu, pihak KPM sejak beberapa tahun lalu memberikan kaedah alternatif bagi membuat semakan keputusan UPU.

Selain daripada disemak secara online di laman web rasmi kementerian, KLIK SINI  calon juga boleh juga membuat semakan melalui SMS menggunakan cara:

Taip UPU RESULT (no kad pengenalan) hantar ke 15888

Diingatkan kembali, semakan tersebut boleh mula disemak pada jam 12 tengah hari ini.

Tahniah dan syabas kepada yang berjaya, namun kepada yang gagal anda boleh terus membuat rayuan kemasukan ke IPTA. Semakan bagi keputusan rayuan akan dimumkan oleh KPM pada minggu ketiga bulan September ini.

Usah jadikan kegagalan itu untuk selamanya, malah bangkitlah dari kegagalan untuk mencipta kejayaan. Selamat Maju Jaya kami ucapkan kepada semua bakal peneraju negara.. :)
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© MyRileks - Perkongsian Menarik Kejadian Alam | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO