Politik Dan Kepimpinan Islam

on Monday, February 13, 2012


Assalamualaikum, Jika dikaji sejarah umat Islam, akan ditemui salah satu subjek yang menyebabkan umat Islam saling berselisih adalah berkenaan politik.

Perselisihan ini bukan sekadar debat dan saling memulau, akan tetapi menyebabkan pengangkatan senjata dan pertumpahan darah.

Sebenarnya Islam sudah meletakkan kaedah politik yang tersendiri. Sebagai agama yang lengkap, Islam tidak lupa akan isu politik dan kepimpinan.

Hanya saja di kalangan umat Islam ada di antara mereka yang tidak sampai ilmu berkenaan hukum politik Islam, atau mereka salah faham terhadapnya, atau mereka mentakwilkannya atas sebab-sebab tertentu.

Beberapa Pendapat Pemikir Islam Mengenai Kepimpinan:-

1. Al Farabiy (lahir sekitar tahun 259 H) menulis antaranya ialah kitab berjudul ‘al-Madinah al-Fadilah’ (Kota Unggul) dan ‘al Qa’id al Fa’al (Sifat-Sifat Pemimpin berkesan) yang mana beliau menekankan kualiti kepimpinan utama di-‘Kota Unggul’nya seharusnya merupakan orang yang terbaik berasaskan sejumlah sifat-sifat kepimpinan, baik sifat-sifat yang tabii mahupun sifat-sifat yang di pelajari.

2. Al-Ghazaliy (1058-1111M) seorang tokoh ilmuwan ensiklopedik yang sangat prolifik dengan karya-karya tulisannya, antara lain telah menulis kitab, al-Tibr al-Masbuk fi Nasihat al-Mulk, yang antara lain telah menggariskan tugas khalifah atau pemimpin sebagai berikut:

i. Perlunya para pemimpin menyedari peri pentingnya jawatan yang disandang dan beratnya tanggungjawab yang dipikul,

ii. Galakan kepada para pemimpin agar menjalin hubungan dengan golongan ilmuwan,

iii. Para pemimpin dan pengikutnya dituntut agar menghindarkan kezaliman,

iv. Para pemimpin dituntut supaya tidak angkuh dan tidak menindas rakyat,

v. Para pemimpin harus memahami pendirian pihak-pihak lain dengan cuba meletakkan diri dalam posisi mereka. Maksudnya jika ia tidak suka sesuatu terjadi kepada dirinya, maka janganlah ia merelakan ia terjadi kepada orang lain,

vi. Para pemimpin harus segera melayani keperluan orang lain,

vii. Para pemimpin dinasihatkan agar tidak tenggelam dalam keserakahan nafsu sehingga mengabaikan tanggungjawab,

viii. Mereka dinasihatkan agar bersikap penyayang kepada rakyatnya,

ix. Mereka juga diminta memberikan kepuasan kepada rakyat dalam batas-batas yang ditentukan Syara’,

x. Seterusnya mereka diperingatkan supaya jangan mencari dokongan seseorang dengan cara yang bertentangan dengan Syara’.

Adalah jelas bahawa melantik kepimpinan adalah wajib, dan bagi seseorang yang mampu dan layak, adalah menjadi fardu kifayah untuknya menawarkan diri untuk mengambil tampuk kepimpinan.

Maka sekiranya beliau menjadi seorang pemimpin yang adil dan menjalankan tugasnya dengan patuh kepada ajaran dan petunjuk Allah swt, maka beliau akan mendapat perlindungan dari Allah pada hari di mana tidak ada perlindungan lain melainkan perlindungan Allah semata-mata.

Untuk maklumat lanjut penemuan, sila layari laman web : KuasaPRU13


Info dan maklumat PRU 13 untuk semua lapisan masyarakat di Malaysia.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© MyRileks - Perkongsian Menarik Kejadian Alam | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO