Malaysia Gagal Lagi Mengutip Mata di Kelayakan Olimpik 2012

on Monday, February 6, 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, apa lagi yang hendak dikatakan selepas kekalahan berturut-turut skuad Olimpik kita di kelayakan olimpik 2012. Ini bermakna pintu buat pasukan Malaysia ke Olimpik London 2012 sudah tertutup rapat. Malaysia tewas lagi ditangan Bahrain dengan jaringan 2 - 1.

 Malaysia Gagal Lagi Mengutip Mata di Kelayakan Olimpik 2012

Memang kecewa woo, lebih-lebih lagi dengan persembahan hambar pemain Malaysia pada perlawanan tadi. Kalau korang perasan, berapa kali passing Malaysia tak tepat kepada kawan. Kebanyakan kawalan pun tak kemas sampaikan gol kemenangan Bahrain terhasil pada minit-minit terakhir.

Bahrain bermula baik dengan banyak mengawal permainan sehinggalah gol pertama meraka terhasil. Kemudian, pasti masih segar dalam memori korang apabila peluang Shakir Ali menyamakan kedudukan pada minit ke 44 terlepas walaupun penjaga gol Bahrain sudah tertewas.

Mutu permainan Malaysia jauh lebih baik ketika bermain di gelanggang sendiri sebelum ini. Walaubagaimanapun, jaringan penyamaan Hazwan Bakri pada minit ke 84 memberikan sedikit harapan kepada kita sebelum Bahrain menghukum pertahanan longgar Malaysia dengan jaringan kemenangan selepas itu.

Walaupun Malaysia sudah tidak layak untuk ke olimpik 2012 ini, diharapkan anak buah Kim Swee terus bersemangat untuk mengharungi baki 2 perlawanan dengan Jepun dan Syria. Kotakan janji anda Kim Swee untuk menjadi pengacau kepada 3 pasukan yang masih memburu tempat ke olimpik itu.

**Pemain yang boleh dikatakan perform malam ini adalah Wan Zack Haikal dengan gerakan dan skill yang cantik. Korang setuju tak??




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© MyRileks - Perkongsian Menarik Kejadian Alam | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO