Fasih Bercakap Bahasa Korea Dan Mandarin Selepas Kemalangan

on Tuesday, February 7, 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nasiruddin Shah, Alor Lintang ini tiba-tiba menjadi sebutan ramai apabila kisahnya yang mampu bertutur dalam bahasa Korea dan mandarin dengan lancar selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Fasih Bercakap Bahasa Korea Dan Mandarin Selepas Kemalangan

Pelik kan?? tapi inilah hakikatnya yang terjadi kepada Noraini Ismail yang memiliki kebolehan luar biasa ini selepas terjaga dari koma selama 11 jam. Lebih memeranjatkan ialah Noraini tidak pernah belajar dan tahu dua bahasa asing itu.

 Menurutnya, kebolehan luar biasa itu berlaku selepas empat hari dia terbabit dalam kemalangan apabila motosikal yang dibonceng dirempuh oleh sebuah lori kecil berhampiran persimpangan lampu isyarat Alor Lintang ketika perjalanan pulang dari sekolah.
“Ketika kejadian saya membonceng motosikal yang ditunggang abang saya, Jefri, 18, yang tiba-tiba dilanggar sebuah lori dari arah belakang menyebabkan saya terjatuh dan terhantuk kepala atas jalan. Mujur saya pakai topi keledar,” katanya.
Menurut bapa Noraini, selepas doktor menjalankan imbasan kali pertama mendapati terdapat darah beku di bahagian belakang kepalanya. Bagaimanapun, ketika dilakukan imabasan kali kedua untuk melakukan pembedahan, doktor terperanjat kerana mendapati darah beku tidak ada lagi.
“Bagi mengesahkan perkara itu, doktor HUSM mengulangi ujian banyak tiga kali namun ternyata darah beku dikesan peringkat awal memang tidak ada,” - Ismail.

Bercakap bahasa Korea selepas terjaga dari tidur

Kebolehan luar biasa Noraini ini dikesan pada hari keempat selepas kemalangan berlaku. Noraini tidur dirumahnya pada jam 5 petang dan ketika terjaga dari tidurnya tiba-tiba dia bercakap bahasa Korea.
Noraini meminta air daripada ibunya dalam bahasa Korea namun ketika itu ibunya tidak mengetahui bahasa apakah yang dituturkan.
“Kami sekeluarga tidak faham maksudnya dan langsung tidak tahu bahasa Korea kerana ia mirip bahasa Cina tetapi selepas dia menunjukkan isyarat ingin minum air baru ibunya beri air,” katanya.

Tidak boleh bercakap loghat Kelantan

Satu lagi keanehan pada Noraini ialah dia kini bertutur bahasa baku sepenuhnya malahan dia langsung tidak boleh bercakap loghat Kelantan lagi seperti pertuturan hariannya sebelum ini. Nampaknya Noraini dah menjadi orang KL..:)
“Sebelum ini dia nak sebut perkataan mok (emak) memang langsung tidak boleh tetapi kalau perkataan Mama lancar. Saya pun hairan bagaimanana pertuturan boleh berubah,” katanya.
“Kalau saya tidur semula selepas solat Subuh pasti apabila bangun saya tidak boleh langsung bercakap bahasa Melayu sebaliknya hanya boleh bertutur dalam bahasa Korea yang berlarutan sehingga jam 11 pagi pada hari sama sebelum boleh bertutur semula bahasa Melayu.
“Kalau saya tidak tidur selepas solat Subuh saya tidak akan bercakap korea,” katanya yang juga hairan dengan perubahan yang dialami.

Yang peliknya Noraini memahami bahasa Korea atau Cina di kaca televisyen hanya ketika dia boleh bertutur bahasa tersebut tetapi apabila ketika boleh bercakap bahasa Melayu, dia langsung tidak faham makna bahasa berkenaan. Memang susah hidup dia kalau perkara ini berterusan.


Noraini jalani rawatan alternatif

Bapanya pula agak tertekan dengan masalah yang dihidapi anaknya dan sudah beberapa kali dia membawa anaknya menjalani rawatan alternatif namun setakat ini tidak berhasil. Perkara ini menjadi rumit kerana boleh dikatakan setiap hari sama ada sebelum atau selepas Maghrib, Noraini akan tiba-tiba diserang sakit kepala menyebabkan dia terpaksa dihantar ke Hospital Besut untuk mendapat suntikan.
“Sekarang hampir setiap hari saya terpaksa membawa dia mendapat suntikan kerana Noraini tidak akan sedarkan diri jika lambat dibawa ke hospital,” katanya yang tinggal di Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
Oleh sebab itu, Ismail merayu orang ramai atau ahli perubatan alternatif untuk tampil membantu menyelesaikan masalah yang dihidapi anaknya kerana dia tidak berkemampuan untuk lebih kerap membawa anaknya mendapatkan rawatan.

Bagi anda yang mahu membantu Noraini dan keluarganya, boleh berhubung dengan Ismail di alamat
2672, Kampung Baru Gong Medang dekat Tembila dekat Kampung Raja.

>> Kisah aneh yang berlaku kepada Noraini ini adalah kekuasaan Allah SWT. Subhanallah..
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© MyRileks - Perkongsian Menarik Kejadian Alam | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO